Sony Menamatkan Sokongan Kemaskini Perisian Untuk Beberapa Peranti Xperia Lama

Sony Menamatkan Sokongan Kemaskini Perisian Untuk Beberapa Peranti Xperia Lama

Diterbitkan pada Feb 5, 2014 oleh .

Mungkin ramai sedia maklum yang mana kebanyakan pengeluar peranti tidak menyediakan sokongan seperti kemaskini sistem operasi dan sebagainya untuk peranti yang telah diperkenalkan hampir dua tahun lepas. Hari ini, Sony dilihat mengemaskini info kemaskini untuk beberapa peranti mereka mengatakan tidak lagi akan mengeluarkan kemaskini perisian untuknya.

Xperia Miro

Kebanyakan peranti yang disenaraikan boleh dikatakan peranti Android yang lama daripada Sony. Antaranya adalah Xperia S, Xperia Arc S, Xperia SL, Xperia ion, Xperia acro S, Xperia Go, Xperia P, Xperia J, Xperia Miro, Xperia Sola, Xperia Tipo dan juga Xperia U.

Boleh dikatakan antara peranti yang disenaraikan adalah termasuk peranti berspesifikasi rendah dan pertengahan yang mana sememangnya jarang kita lihat kemaskini versi baru diperkenalkan.

Mengikut Google, setiap pengeluar peranti Android diminta menawarkan sokongan kemaskini selama 18 bulan dan ia selalunya menepati peranti berspesifikasi tinggi daripada kebanyakkan pengeluar.

Walaupun boleh dikatakan kebanyakkan peranti lama, tetapi masih ada yang menggunakannya hari ini, dan perkara ini mungkin menyedihkan anda – atau mungkin ramai yang sudah menjangkakan perkara ini.

Apa pun bagi anda yang mempunyai peranti berkenaan, adakah anda sudah menjangkakan perkara ini ataupun sebaliknya?


TIPS & ULASAN