Sony Dilaporkan Dalam Perbincangan Untuk Menjual Bahagian PC

Sony Dilaporkan Dalam Perbincangan Untuk Menjual Bahagian PC

Diterbitkan pada Feb 5, 2014 oleh .

Dengan perkembangan pesat peranti mudah-alih, arena perkomputeran peribadi dilihat kurang mendapat perhatian pengguna. Perkara ini sekaligus memberikan kesan kepada pengeluar komputer.

Terkini, ia dikatakan pihak Sony dalam perbincangan untuk menjual perniagaan perkomputeran mereka kepada sebuah firma, sekaligus memfokuskan sepenuhnya kepada peranti mudah-alih seperti telefon pintar.

Mengikut apa yang dikongsikan Nikkei, sebuah firma baru mungkin ditubuhkan yang akan mengambil-alih bahagian perniagaan PC daripada Sony, dan pihak Sony akan mempunyai pegangan kecil pada firma baru tersebut.

Jenama Vaio akan terus dikekalkan, selain mana pekerja bahagian PC akan menyertai firma baru tersebut.

Sony sebelum ini telah memperkenalkan jenama Vaio pada tahun 1996, namun jualannya dilihat merudum sejak setahun dua ini. Sony merupakan pengeluar PC ke-sembilan di dunia mengikut data Januari hingga September 2013.


TIPS & ULASAN