Humble Bundle Menawarkan Permainan Daripada Sid Meier

Humble Bundle Menawarkan Permainan Daripada Sid Meier

Diterbitkan pada Feb 5, 2014 oleh .

Humble Bundle merupakan tawaran permainan video pada harga rendah, dan pengguna boleh memilih harga yang ingin disumbangkan dalam mendapatkan permainan tersebut. Terkini, untuk minggu ini Humble Bundle hadir dengan siri permainan daripada Sid Meier.

Humble Bundle

Melalui tawaran baru ini, antara permainan yang ditawarkan adalah termasuk Civilization 3, Civilization 4, Ace Patrol, Railroads, dan sekiranya pengguna menyumbangkan dana purata, mereka akan menerima permainan Civilization 5.

Kebanyakkan permainan adalah untuk Windows dan ditawarkan melalui Steam, selain beberapa permainan turut ditawarkan untuk Mac OS.

Bagi mereka yang berminat, boleh mendapatkan permainan ini pada harga yang amat rendah melalui laman Humble Bundle hari ini.

Layari : Humble Bundle


TIPS & ULASAN