TM Hadir Dengan Tawaran Hypp-Normous – Menawarkan Penaik-Tarafan Kelajuan Dengan Langganan HyppTV

TM Hadir Dengan Tawaran Hypp-Normous – Menawarkan Penaik-Tarafan Kelajuan Dengan Langganan HyppTV

Diterbitkan pada Feb 5, 2014 oleh .

Nampaknya pada tahun ini, pihak Telekom Malaysia ingin menambah dan menarik lebih ramai pengguna untuk menggunakan perkhidmatan IPTV mereka, HyppTV. Untuk menjayakannya, kini mereka hadir dengan sebuah promosi khas dinamakan sebagai Hypp-Normous.

Melalui tawaran ini, pengguna UniFi baru dan sedia ada boleh menaik-taraf pakej internet mereka kepada VIP10 atau VIP20 secara automatik apabila menambah langganan kepada salah satu pakej HyppTV sebelum 31 Mac 2014.

Untuk pelanggan Streamyx pula, pihak TM dilihat menawarkan langganan HyppTV Platinum Pack dan HyppTV Ruby Pack secara percuma apabila mereka menaik-taraf ke pakej 8Mbps.

Semua penaik-tarafan dan langganan baru ini boleh dilakukan di cawangan TMPoint atau TM Authorised Dealer daripada hari ini sehinggalah 31 Mac 2014 dan berpeluang untuk promosi yang disediakan pihak TM ini.

HYPP-NORMOUS

Bagi anda, adakah anda akan melakukan penaik-tarafan ini, dan adakah ia berbaloi?


TIPS & ULASAN