Steve Jobs Pernah Inginkan Sony VAIO Untuk Menjalankan OS X

Steve Jobs Pernah Inginkan Sony VAIO Untuk Menjalankan OS X

Diterbitkan pada Feb 5, 2014 oleh .

Dengan Sony yang diperkatakan dalam perbincangan awal untuk menjual bahagian perkomputeran mereka, kini hadir beberapa info menarik berkaitan keluarga VAIO. Ia dikatakan sebelum ini Steve Jobs pernah menemui eksekutif Sony dalam menggunakan sistem operasi OS X pada komputer VAIO.

Umum sedia maklum yang mana VAIO mempunyai rekabentuk komputer riba yang amat unik dan elegan jikalau dibandingkan dengan kebanyakkan jenama yang lain. Perkara ini mungkin menarik minat Steve Jobs dalam membuat pengecualian untuk Sony menggunakan OS X pada siri VAIO.

Namun, ia dilihat perbincangan tersebut tidak berhasil, apatah lagi ketika itu komputer riba VAIO sedang meningkat popularitinya dan ia lebih dioptimasikan untuk Windows.


TIPS & ULASAN