Experiment Membawa Dunia Pengumpulan Dana Awam Untuk Membantu Kajian Sains

Experiment Membawa Dunia Pengumpulan Dana Awam Untuk Membantu Kajian Sains

Diterbitkan pada Feb 6, 2014 oleh .

Laman crowdfunding seperti KickStarter dan IndieGogo sedia digunakan secara meluas untuk para pembangun yang ingin memperkenalkan sesuatu produk baru dan inovasi dalam arena teknologi. Tetapi bagaimana pula untuk dunia sains? Melengkapkannya kini adalah sebuah laman dinamakan Experiment.

Experiment

Dikenali sebagai Microcryza sebelum ini, laman Experiment membolehkan para pengkaji untuk berkongsi kajian mereka dan mengumpulkan dana daripada pengguna umum seluruh dunia. Berbeza dengan beberapa laman lain yang menawarkan produk dan pelbagai ganjaran lain, untuk Experiment, mereka yang menyumbang akan diberikan dengan hasil kajian dan info berkaitan dengannya sekiranya sesuatu projek tersebut berjaya mengumpulkan dana yang diperlukan.

Walaupun projek ini mungkin dianggap biasa oleh orang ramai, namun impaknya dalam dunia sains boleh dikatakan tinggi. Berbanding menantikan geran daripada kerajaan ataupun badan-badan lain, kini para pengkaji boleh mendapatkan dana daripada pengguna umum, disamping pengguna umum sendiri membantu dalam membawa perubahan ke arena sains.

Bagi anda yang berminat, boleh layari laman Experiment hari ini dan melihat pelbagai projek yang disenaraikan, bukan sahaja dari segi biologi, fizik, perubatan, tetapi termasuk kajian berkaitan ekonomi, pendidikan dan sebagainya.

Layari : Experiment.com


TIPS & ULASAN