Cari @ Amanz

BBM Find FriendsHari ini pihak BlackBerry telah memperkenalkan kemaskini kepada aplikasi permesejan BBM di Android dan iOS, dimana bersama-sama dengannya ia menyertakan sokongan mencari rakan-rakan lain yang menggunakan aplikasi tersebut.

Pengenalan fungsi ini membuatkan BBM berfungsi lebih kurang seperti aplikasi permesejan lain, dan tidak lagi memerlukan pengguna berkongsi nombor PIN mereka secara manual seperti sebelum ini.

Fungsi yang dinamakan “Find Friends” ini membolehkan rakan-rakan anda yang menggunakan BBM dikenal-pasti menggunakan buku alamat di telefon pintar anda. Seterusnya anda boleh menambah mereka sebagai rakan, ataupun sekiranya mereka tidak tersenarai, pengguna boleh menjemput mereka dengan menggunakan emel dan SMS.

Bagi mereka yang menggunakan BBM di Android atau iPhone, boleh mengemaskini aplikasi tersebut hari ini dan menggunakan fungsi tersebut dalam menambah senarai rakan anda di BBM.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd