Windows 8.1 Update 1 Mungkin Hanya Akan Tiba Pada Bulan April Kelak

Windows 8.1 Update 1 Mungkin Hanya Akan Tiba Pada Bulan April Kelak

Diterbitkan pada Feb 6, 2014 oleh .

Nampaknya, kemasini Windows 8.1 Update 1 tidak akan hadir pada bulan hadapan, tetapi sebaliknya hanya akan hadir sekitar bulan April kelak. Walaupun perkara ini tidak menerima sebarang komen rasmi daripada Microsoft, ia dilihat gergasi perkomputeran tersebut menangguhkan tempoh lebih kurang sebulan sebelum pengenalannya.

Windows 8.1 Update 1

Pada awal minggu ini, versi pembangunan Windows 8.1 Update 1 telah pun tertiris ke arena web, sekaligus memperlihatkan pelbagai pembaharuan yang akan disertakan.

Antara perkara baru yang dilihat hadir adalah butang Shutdown pada Start Screen, kebolehan pin aplikasi Metro di taskbar desktop, kebolehan klik-kanan pada Tiles, dan beberapa yang lain.

Windows 8.1 Update 1 ini dijangka akan ditawarkan melalui Windows Update, dan bukannya melalui Windows Store seperti sebelum ini – memandangkan ia hanya kemaskini kecil sahaja.


TIPS & ULASAN