Cari @ Amanz

Mozilla hari ini berkongsi mengenai salah satu projek yang sedang dibangunkan mereka hasil kerjasama dengan pihak EverythingMe, iaitu pembangunan Firefox Launcher untuk Android.

Firefox Launcher

Firefox Launcher untuk Android ini kelak akan memudahkan pengguna menemui kandungan yang diperlukan pada sesuatu masa dan dioptimasikan berdasarkan kepada penggunaan seseorang itu.

Aplikasi ini bakal menggunakan teknologi contextual adaptive app search daripada EverythingMe dan juga pelayar web Firefox – sekaligus menawarkan pengalaman penggunaan web yang menarik dan intuitif.

Bagi yang tidak mengenali EverythingMe, ia menyediakan sebuah teknologi dimana ia mengoptimasikan skrin utama mengikut masa dan lokasi – bersesuaian dengan penggunaan anda. Perkara ini memudahkan pengguna untuk tidak perlu mencari, sebaliknya ia memaparkan apa yang diinginkan ketika itu. Walaupun EverythinMe telah diterbitkan di Google Play Store, aplikasi berkenaan masih tidak boleh digunakan oleh pengguna di Malaysia buat masa ini.

Tiada sebarang tarikh pengenalan yang diberikan oleh pihak Mozilla untuk pelancaran Firefox Launcher ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd