HTC Bakal Memperkenalkan Peranti Boleh-Pakai Pada Tahun Ini

HTC Bakal Memperkenalkan Peranti Boleh-Pakai Pada Tahun Ini

Diterbitkan pada Feb 6, 2014 oleh .

HTC pada tahun ini dilihat perancangan mereka tersendiri, dimana salah satunya mereka dijangka akan memperkenalkan peranti boleh-pakai mereka tersendiri.

Berkongsi dengan Bloomberg, pihak HTC mengatakan mereka telah merancang berkenaan jam tangan pintar dan juga peranti boleh-pakai sejak beberapa tahun yang lepas – tetapi tidak memperkenalkannya kerana ingin mengatasi masalah bateri dan LCD padanya. Pengenalan peranti boleh-pakai mereka pada tahun ini mungkin memperlihatkan mereka telah mengatasi kedua-dua masalah ini dan semestinya menjadikan ia salah satu peranti yang dinantikan ramai tahun ini.

Tahun lepas, ia telah dikatakan beberapa kali yang mana HTC mungkin melancarkan jam tangan pintar mereka pada tahun ini.

Tahun ini sahaja, ramai pengeluar peranti telah memperkenalkan jam tangan pintar mereka dan juga gelang tangan pintar, termasuk daripada ZTE, Razer dan sebagainya.

Mungkinkah pengenalan peranti boleh-pakai daripada HTC ini kelak memberikan saingan sihat kepada beberapa peranti lain di pasaran hari ini?


TIPS & ULASAN