Cari @ Amanz

Moto G KitKatMotorola sebelum ini telah memperkenalkan kemaskini Android 4.4.2 KitKat kepada pengguna di beberapa buah negara lain. Hari ini, kemaskini sama dilihat hadir untuk pengguna peranti berkenaan di Malaysia.

Kemaskini ini dilihat hadir lebih kurang sebulan selepas peranti Motorola Moto G ini dilancarkan dan dijual di Malaysia.

Menurut Motorola, antara perkara baru yang hadir pada Android 4.4.2 untuk Motorola Moto G adalah termasuk sokongan dialer baru, integrasi SMS pada Google Hangouts, mencetak dengan mudah melalui telefon, penyuntingan gambar pada aplikasi galeri, pengurusan pemprosesan yang lebih baik dan beberapa perkara lain lagi.

Bagi pengguna Motorola Moto G, anda boleh ke halaman Settings > About Phone > System Updates. Saiz kemaskini dilihat adalah sekitar 230MB.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd