Sony Mengesahkan Penjualan Perniagaan PC – Memfokuskan Kepada Telefon Pintar Dan Tablet

Sony Mengesahkan Penjualan Perniagaan PC – Memfokuskan Kepada Telefon Pintar Dan Tablet

Diterbitkan pada Feb 6, 2014 oleh .

Seperti desas-desus sebelum ini, hari ini pihak Sony mengumumkan secara rasmi yang mana mereka akan menjual perniagaan PC mereka yang dioperasikan dibawah jenama VAIO kepada Japan Industrial Partners (JIP).

Sebahagian daripada urus niaga ini akan membuatkan Sony tidak lagi membuat rekaan, pembangunan dan perancangan untuk produk PC mereka, sebaliknya diuruskan sepenuhnya oleh JIP. Walaubagaimanapun, untuk pengguna sedia ada, mereka akan terus menerima sokongan khidmat pelanggan seperti biasa tanpa sebarang masalah.

Syarikat baru ini dikatakan akan kekal menjual komputer berjenama VAIO, disamping mana pihak Sony membuat pelaburan kecil – sekitar 5% untuk syarikat baru ini.

Pada masa yang sama, pihak Sony turut berkongsi mengatakan mereka akan memfokuskan pengeluaran peranti mudah-alih seperti telefon pintar dan tablet. Pada masa yang sama, Sony turut mengatakan bahagian televisyen mereka turut akan diberikan fokus dan dibahagikan kepada sebuah subsidiari baru.


TIPS & ULASAN