Cari @ Amanz

Motorola hari ini dilihat telah mula menghantar jemputan media mereka untuk acara Mobile World Congress 2014 yang akan diadakan pada penghujung bulan ini. Namun, apakah yang akan diumumkan mereka masih menjadi tanda tanya.

Motorola MWC 2014

Motorola sebelum ini telah memperkenalkan Motorola Moto X dan juga Moto G. Kedua-duanya telah mendapat perhatian ramai pengguna, disamping mendapat maklumbalas positif daripada pengguna seluruh dunia.

Pada masa yang sama, baru-baru ini Lenovo telah mengumumkan pengambil-alihan Motorola Mobility daripada Google pada harga sekitar $2.91 bilion.

Ia tidak diketahui apakah yang akan diumumkan oleh Motorola pada acara berkenaan. Mungkin kita akan mendengar serba sebanyak mengenai beberapa perubahan pada syarikat mereka. Apakah mereka mempunyai produk baru ataupun tidak masih menjadi tanda tanya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd