Cari @ Amanz

Double Helix GamesAmazon sedia menceburi pelbagai bidang perniagaan, dan terkini ia dilihat gergasi e-dagang tersebut turut membeli studio permainan Double Helix dan menambahnya pada portfolio mereka.

Double Helix sedia membangunkan pelbagai permainan menarik, termasuk Silent Hill : Homecoming, GI Joe The Rise of Cobra, Killer Instinct dan beberapa yang lain.

Harga pengambil-alihan tidak diumumkan oleh kedua-dua pihak.

Melalui pengambil-alihan ini ia dilihat pihak Amazon seperti turut akan memfokuskan kepada pembangunan permainan video pada masa akan datang. Sebelum ini, Amazon telah diura-ura akan hadir dengan konsol permainan, dan mungkinkah pengambil-alihan ini memberikan petanda awal untuknya?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd