(Ura-Ura) HTC Bakal Hadir Dengan Tablet Nexus Tahun Ini?

(Ura-Ura) HTC Bakal Hadir Dengan Tablet Nexus Tahun Ini?

Diterbitkan pada Feb 6, 2014 oleh .

Pihak HTC sebelum ini telah hadir dengan Nexus One beberapa tahun yang lepas. Selepas itu, mereka tidak hadir dengan peranti Nexus, sebaliknya beberapa pengeluar lain mengeluarkan peranti jenama tersebut, termasuk Asus dan juga Samsung.

Untuk tahun ini, desas-desus awal kedengaran mengatakan Google memberikan pengeluaran tablet Nexus tahun ini kepada HTC.

Tablet ini dikatakan akan membawakan spesifikasi tinggi – berkemungkinan sekitar 10-inci. Ia hanya sekadar spekulasi sahaja buat masa ini, dan pihak HTC tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan dengannya buat masa ini.

HTC sebelum ini hanya pernah melancarkan tablet HTC Flyer sahaja untuk pasaran Malaysia beberapa tahun yang lepas. Sejak daripada itu, mereka dilihat lebih memfokuskan kepada telefon pintar sahaja.

htc-flyer

Kini, dengan ura-ura berkaitan peranti boleh-pakai yang akan hadir daripada HTC tahun ini, tidak mustahil untuk mereka turut hadir dengan tablet tersendiri pada tahun ini.


TIPS & ULASAN