Google Play Kini Memaparkan Harga Aplikasi Dalam Ringgit Malaysia

Google Play Kini Memaparkan Harga Aplikasi Dalam Ringgit Malaysia

Diterbitkan pada Feb 6, 2014 oleh .

Google dilihat telah mengemaskini kedai aplikasi mereka, Google Play Store, dimana ia kini memaparkan harga untuk aplikasi berbayar dalam Ringgit Malaysia – menggantikan penggunaan USD sebelum ini.

Pengenalan ini selari dengan pengenalan pada Google Play Books sebelum ini.

Melalui pengenalan harga aplikasi dalam Ringgit Malaysia, ia sekaligus memudahkan pengguna yang ingin membeli aplikasi membuat perancangan, sekaligus memudahkan mereka memantau perbelanjaan mereka pada platform tersebut.

Pengenalan penggunaan Ringgit Malaysia ini diimplementasikan bukan sahaja pada peranti Android, tetapi juga pada bahagian web mereka. Anda yang menggunakan peranti Android, mungkin boleh menyemaknya hari ini dengan melayari aplikasi Google Play Store, atau ke laman web Google Play.


TIPS & ULASAN