Permainan 2014 FIFA World Cup Akan Hadir Ke PS3 Dan Xbox 360 Pada Bulan April

Permainan 2014 FIFA World Cup Akan Hadir Ke PS3 Dan Xbox 360 Pada Bulan April

Diterbitkan pada Feb 6, 2014 oleh .

EA Sports sebelum ini telah menerbitkan permainan bola sepak khusus untuk acara FIFA World Cup, dan untuk tahun ini, mereka akan melakukan perkara sama, dimana EA Sports 2014 FIFA World Cup Brazil bakal diterbitkan pada pertengahan April ini.

Menurut EA Sports, permainan bola sepak yang bersempena dengan piala dunia 2014 ini bakal memperlihatkan lebih 200 pasukan, 7000 pemain dan 20 stadium baru.

2014 FIFA World Cup Brazil

Selain itu, 2014 FIFA World Cup Brazil ini juga bakal menyertakan lebih banyak cara mengawal bola, animasi yang lebih menarik, dan beberapa taktik permainan baru. EA turut bekerjasama dengan pihak Adidas dalam memastikan gerakan bola Brazuca menyerupai dunia sebenar.

Beberapa mod permainan turut disediakan, dimana antaranya Road To The World Cup, Road To Rio De Janeiro, Captain Your Country dan juga Story of Qualifying.

Permainan bola sepak ini akan ditawarkan khusus untuk pengguna Xbox 360 dan juga PlayStation 3 sahaja pada bulan April kelak.


TIPS & ULASAN