Cari @ Amanz

Memandangkan BlackBerry masih tidak menerima aplikasi Vine, ia dilihat pembangun bebas mengambil-alih tugasnya dan kini hadir dengan sebuah klien untuk Vine dinamakan sebagai Whine.

Menggunakannya, ia membawakan sebuah aplikasi natif untuk BlackBerry 10, membolehkan pengguna mengikuti video Vine yang dikongsikan lain, merakamkan video Vine sendiri dan berkongsi menggunakannya, dan beberapa perkara lain.

Whine BlackBerry 10

Whine BlackBerry 10

Ia berkemungkinan salah satu alternatif menarik untuk pengguna, dan tidak lagi perlu bergantung kepada aplikasi Vine untuk Android seperti sebelumnya.

Vine merupakan perkhidmatan perkongsian video sepanjang 6 saat yang dimiliki oleh Twitter. Buat masa ini, klien rasmi untuknya hanya ditawarkan pada Android, iOS dan juga Windows Phone sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd