Paparan Skrin Utama HTC M8 Tertiris Ke Web

Paparan Skrin Utama HTC M8 Tertiris Ke Web

Diterbitkan pada Feb 7, 2014 oleh .

HTC M8 BlinkfeedHTC dijangka bakal memperkenalkan kemaskini kepada telefon pintar HTC One mereka tidak lama lagi. Dikenali dengan nama kod HTC M8, ia dikatakan bukan sahaja akan menyertakan kemaskini dari segi spesifikasi, tetapi turut membawakan Sense versi terbaru.

Apakah perubahan penuh pada Sense yang akan dibawakan masih tidak diketahui sepenuhnya. Melalui sebuah gambar paparan skrin yang dikongsikan oleh @evleaks hari ini, ia dilihat HTC M8 akan menyertakan butang navigasi atas skrin dan bukannya pada peranti seperti sebelum ini.

Selain itu, ia juga memperlihatkan beberapa perubahan pada Blinkfeed seperti penggunaan warna latar. Bahagian dock juga dilihat membawakan latar lutsinar, namun rekaa ikon masih lihat menyerupai versi sekarang.

Memandangkan ia hanya gambar skrin utama sahaja, maka tidak begitu banyak perkara yang dapat diketahui melaluinya. Mungkin kita akan melihat beberapa info lain turut tertiris ke arena web selepas ini.


TIPS & ULASAN