Cari @ Amanz

Gempar hari ini apabila permainan strategi berlandaskan sejarah Civilisation V dikatakan menghina agama Islam dan Rasulullah. Inilah yang dilaporkan oleh akhbar tabloid sensasi negara Harian Metro hari ini. Menurut laporan Metro seorang pembaca mereka telah menghubungi Metro bagi mengadu terdapat beberapa elemen yang dikatakan bercanggah dengan Islam.

Pemain yang memilih untuk bermain sebagai tamadun Arab di bawah Harun Al Rashid boleh membina kota suci Mekah, Madinah dan mempunyai seorang nabi sebagai unit kawalan yang digunakan untuk menyebarkan agama pilihan. Pembaca tersebut juga mengatakan kemampuan tamadun lain untuk merampas kota Mekah dan Madinah dan merubahnya menjadi kota agama lain sebagai menghina Islam dan mungkin boleh menjejaskan akidah pemain kanak-kanak.

civ-5-hina-islam

]Sebagai pemain permainan komputer Age of Empires, Civilisation dan Black & Wihte yang tegar sejak hampir 2 dekad, mungkin boleh katakan kami tidak begitu perasan berkenaan perkara ini.

Pada pendapat anda adakah benar permainan seperti Civilisation dan Age of Empires mampu menggoncangkan akidah pemain beragama Islam?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd