Cari @ Amanz

Sehingga semalam, pembangun Malaysia hanya boleh menerbitkan aplikasi percuma sahaja di Google Play Store. Namun, hari ini berubah apabila Google turut memperkenalkan sokongan menerbitkan aplikasi berbayar bagi pembangun di Malaysia.

Perkara ini sekaligus memberikan kaedah alternatif untuk pembangun tempatan menjana pendapatan dan bukannya bergantung kepada pengiklanan di aplikasi semata-mata.

Untuk memulakan penerbitan aplikasi berbayar, pengguna hanya perlu ke konsol pembangun Google Play hari ini, dan seterusnya mengaktifkan akaun Google Wallet.

Selain menerbitkan aplikasi berbayar, pembangun tempatan juga turut boleh menawarkan kandungan tambahan melalui pilihan pembayaran dan jualan dalam-aplikasi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd