Cari @ Amanz

Pembangunan pelayar web Firefox untuk Windows 8 telah mengalami penangguhan beberapa kali, dan kini nampaknya Mozilla semakin hampiri pelancaran rasmi pelayar web berkenaan, apabila hari ini Mozilla mengumumkannya tiba ke saluran Firefox beta.

Firefox Metro

Berbeza dengan pelayar web biasa, versi yang dioptimasikan untuk Windows 8 ini membawakan rekaan antaramuka yang dioptimasikan untuk ModernUI, selain mana memudahkan pengguna mengendalikannya menggunakan skrin sentuh. Sokongan seperti pinch-to-zoom turut disertakan pada pelayar web ini.

Pengguna yang berminat boleh memuat-turun pelayar web Firefox untuk Windows 8 Beta ini hari ini, ataupun menantikan versi stabilnya hadir sekitar bulan Mac kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd