Carian
LG Dilihat Memfailkan Paten Untuk Pita Gabungan Jam Tangan Pintar Dan Stylus
February 7, 2014 Aman

Jikalau anda ingat, dulu salah satu permainan berbentuk pita (strap) agak popular, dimana ia hadir dalam bentuk memanjang dan apabila “memukulnya” pada tangan, ia berubah menjadi gelang tangan secara automatik.

LG Pita Pintar

Mengambil konsep berkenaan, ia dilihat pihak LG telah memfailkan sebuah paten untuk peranti seumpamanya, yang mana berkemungkinan adalah idea mereka untuk gelang tangan atau jam tangan pintar.

Menariknya, ia bukan sekadar itu sahaja. Apabila pengguna memanjangkannya, ia boleh berubah menjadi stylus, dan pengguna boleh menggunakan ia bersama-sama telefon pintar untuk tujuan lakaran, menulis dan sebagainya.

Apa pun, ini hanya pemfailan paten sahaja, dan tidak diketahui lagi adakah ia akan direalisasikan ataupun sebaliknya.

Komen