DLD Calc Untuk Android – Kalkulator Pecahan Yang Memperlihatkan Jalan Kerja Pengiraan

Diterbitkan pada Feb 7, 2014. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kebanyakkan aplikasi berbentuk kalkulator boleh dikatakan hanya membuat pengiraan biasa dan memberikan jawapan akhir sahaja. Tetapi bagaimana sekiranya anda ingin melihat jalan kerja pengiraan untuk penyelesaian sesuatu masalah?

DLD Calc menawarkan fungsi pengiraan dan memperlihatakan jalan kerja pengiraan untuk sesuatu masalah.

DLD Calc Android

Menggunakannya, pengguna boleh menyelesaikan masalah matematik berbentuk pecahan, disamping pada masa yang sama mempelajari bagaimanakah sesuatu jawapan didapati. DLD Calc memaparkannya langkah demi langkah, memudahkan lagi untuk pengguna dan pelajar memahaminya.

DLD Calc hanya ditawarkan untuk Android, dan boleh dimuat-turun secara percuma daripada Google Play Store hari ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami