Cari @ Amanz

YTL Communications, ataupun lebih dikenali ramai dengan nama rangkaian mereka Yes4G kini dilihat telah memulakan ujian penaik-tarafan rangkaian kepada TDD-LTE (Time Division Duplexing-Long-Term Evolution) dan mungkin memperkenalkan kepada umum tidak lama lagi.

Seperti umum sedia maklum, selain beberapa penerima spektrum LTE, Yes4G merupakan salah satu daripadanya yang menerima 20Mhz spektrum 2.6GHz. Selain pada spektrum tersebut, pihak Yes4G juga turut dikatakan sedang melakukan ujian pada spektrum WiMAX mereka – 2.3GHz.

Pemindahan dari teknologi WiMAX ke LTE merupakan salah satu pemindahan yang dijangka, apatah lagi dengan lebih ramai pembangun memfokuskan teknologi LTE dan WiMAX yang semakin tenggelam.

Pada masa yang sama, ia turut dikatakan Yes4G mungkin bekerjasama dengan pihak AsiaSpace, sekaligus membolehkan Yes4G menggunakan spektrum 2.3GHz milik AsiaSpace.

Penaik-tarafan dan juga kerjasama dengan pihak AsiaSpace dilihat akan membawakan kelajuan muat-turun sehingga 220Mbps kepada para pelanggan mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd