Cari @ Amanz

Google sering mencuba sesuatu yang baru pada enjin carian mereka. Terkini, ia dilihat pihak Google telah mengubah cara paparan muzik video apabila carian berkenaan lagu berkenaan dilakukan pada Google.

Google Search - YouTube

Pada hasil carian, kini Google memaparkan sebuah thumbnail bersaiz besar, dan apabila pengguna klik pada ia, ia membawa ke halaman YouTube rasmi dan memainkan muzik video berkenaan.

Pembaharuan ini dilakukan bukan sahaja pada carian di desktop, tetapi turut membawakan paparan sama pada peranti mudah-alih. Apa pun, bukan kesemua lagu memaparkan sebegitu, tetapi hanya segelintir sahaja buat masa ini.

Jadi, apa kata anda berkenaan perubahan pada Google Search ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd