Cari @ Amanz

Nokia sebelum ini telah menyaman HTC beberapa kali, dan dalam mengatasi masalah penggunaan teknologi dan paten, kini kedua-dua syarikat teknologi tersebut dilihat menandatangani perjanjian kerjasama.

Nokia HTC

Nokia sedia diketahui ramai yang mana mereka mempunyai pelbagai portfolio paten yang penting dalam industri mudah-alih. Melalui kerjasama ini, HTC akan membuat pembayaran kepada Nokia, dan kolaborasi ini dilihat akan turut menyertakan portfolio paten LTE milik HTC.

Seperti biasa, terma penuh perjanjian tidak dikongsikan kedua-dua pihak. Apa pun, melalui kerjasama ini, Nokia dan HTC kedua-duanya menyelesaikan masalah litigasi mereka, dan mungkin boleh lebih memfokuskan kepada pembangunan produk dan inovasi selepas ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd