Buku Teks Digital Dilancarkan – Akan Diimplementasikan Di Sekolah Secara Berperingkat

Buku Teks Digital Dilancarkan – Akan Diimplementasikan Di Sekolah Secara Berperingkat

Diterbitkan pada Feb 8, 2014 oleh .

Dalam usaha membawa sistem pendidikan negara ke tahap yang lebih tinggi, kini Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan buku teks digital yang mana boleh diakses secara online, sekaligus menjadikannya sebagai alternatif untuk buku teks bercetak yang boleh dikatakan agak tebal dan sukar dibawa kemana-mana.

Buku Teks Digital

Pengenalan buku teks digital ini merupakan sebahagian daripada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang bermula dari tahun 2013 hingga 2025. Ia akan diperkenalkan dalam tiga fasa, dimana untuk fasa permulaan ini, buku teks versi bercetak akan kekal digunakan seperti biasa.

Ia turut dikatakan sebanyak 313 judul buku teks telah dimuat-naik ke portal 1BestariNet dan boleh diakses menggunakan ID yang telah diberikan kepada guru dan murid.

Buku Teks Digital

Bergerak ke hadapan, buku teks bercorak interaktif (yang diintegrasikan dengan elemen teks, grafik, audio, video dan animasi) akan diperkenalkan dalam memudahkan pemahaman. Selain itu, pada fasa ketiga (tahun 2021-2025), semua mata pelajaran dijangka akan ditawarkan dalam bentuk buku teks digital.

Kelak, pelajar juga akan dibenarkan membawa tablet ke sekolah untuk mengakses buku teks digital.


TIPS & ULASAN