Tim Cook : Apple Bakal Hadir Dengan Produk Pada Kategori Baru

Tim Cook : Apple Bakal Hadir Dengan Produk Pada Kategori Baru

Diterbitkan pada Feb 8, 2014 oleh .

Apple pada tahun ini dijangka akan melancarkan beberapa produk baru, dan melalui sebuah temuramah yang dilakukan oleh Wall Street Journal, Tim Cook mengatakan Apple sedang membangunkan beberapa perkara menarik, termasuk beberapa produk dalam kategori baru.

Sebelum ini, Tim Cook turut pernah mengatakan Apple akan memperkenalkan produk dalam kategori baru pada tahun 2014 ini.

Walaupun Apple tidak menyatakan apakah produk berkenaan, mengikut spekulasi ramai Apple dijangka akan hadir dengan jam tangan pintar atau peranti boleh-pakai memfokuskan kepada kecergasan.

Pada masa yang sama juga, Tim Cook turut menekankan yang mana pihak Apple akan terus mengeluarkan produk terbaik dan Apple tiada masalah untuk hadir dengan pelbagai inovasi dan idea baru.


TIPS & ULASAN