Carian
Permainan Flappy Bird Akan Ditarik Kembali Dari Google Play Dan AppStore Esok
February 9, 2014 Aman

Flappy Bird telah menjadi salah satu permainan yang diperkatakan ramai sejak akhir-akhir ini. Namun, agak mengejutkan kerana kini pembangunnya melalui Twitter mengatakan akan menarik kembali permainan tersebut daripada Google Play dan Apple AppStore esok.

Flappy Bird BlackBerry

Flappy Bird membawakan permainan dimana pengguna perlu mengawal seekor burung dan mengelak daripada tiang-tiang yang menjadi penghalang. Ia menjadi popular disebabkan kesukaran mengawal permainan tersebut, sekaligus menjadi buah perbualan ramai – membawa ia kepada permainan popular di Android dan iOS.

Namun, beberapa kontroversi dihadapi pembangunnya, dimana beberapa pihak mengatakan ia meniru grafik dari permainan Nintendo (Mario) dan sebagainya. Walaubagaimanapun, pembangunnya mengatakan penarikkan semula permainan ini tiada kena mengena disebabkan undang-undang dan sebagainya. Sebelum ini, ia dilihat pembangun permainan tersebut mengatakan tidak begitu selesa dengan liputan media meluas untuk permainan tersebut, dan mungkin itu adalah salah satu sebab penarikan semula permainan tersebut.

Bagi yang sedia telah memasangnya pada peranti, boleh memainkannya seperti biasa, tetapi hanya pemasangan baru sahaja tidak boleh dilakukan selepas penarikan semula daripada Google PlayStore dan juga Apple AppStore. Perkara ini juga mungkin membuatkan ia tidak diterbitkan untuk Windows Phone selepas ini.

Apa pun, daripada kejayaan Flappy Bird, ia dilihat permainan yang dibangunkan secara perseorangan masih berjaya menjadi buah mulut ramai sekaligus menjadikan ia salah satu permainan popular. Perkara ini sendiri mungkin akan terus memberikan semangat kepada ramai pembangun permainan untuk hadir dengan pelbagai permainan yang dioptimasikan untuk peranti mudah-alih.

Flappy Bird

Komen