Cari @ Amanz

Pihak Apple telah menguji beberapa versi beta iOS 7.1 sebelum ini, membolehkan para pembangun untuk menyediakan aplikasi mereka yang dioptimasikan untuknya. Kini, mengikut laporan awal, Apple dikatakan akan melancarkan iOS 7.1 kepada pengguna umum sekitar bulan Mac kelak.

iOS 7.1 dijangka akan mengatasi beberapa masalah pepijat yang telah dikenal-pasti, perubahan pada antaramuka aplikasi dialer, penambah-baikkan kepantasan operasi dan beberapa yang lain.

Pada masa yang sama juga, mengikut beberapa desas-desus sebelum ini, Apple dikatakan mungkin akan melancarkan Apple TV generasi baru pada bulan Mac ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd