Paparan Action Center Pada Windows Phone 8.1 Tertiris

Paparan Action Center Pada Windows Phone 8.1 Tertiris

Diterbitkan pada Feb 9, 2014 oleh .

Microsoft, selain sedang membangunkan sistem operasi perkomputeran Windows 8.1 Update 1, mereka juga dalam persiapan untuk memperkenalkan kemaskini untuk platform mudah-alih mereka, iaitu versi Windows Phone 8.1.

Windows Phone 8.1 Action Center

Salah satu perkara yang dinantikan melalui kemaskini tersebut oleh ramai pengguna adalah pusat notifikasi untuk mengakses pelbagai kemaskini semasa dengan mudah. Sokongan ini dilihat mungkin dinamakan sebagai Action Center pada Windows Phone 8.1.

Selain notifikasi, Action Center ini juga dilihat akan menyertakan sokongan akses pantas, membolehkan pengguna mengaktifkan Bluetooth, WiFi, serta mengaktifkan mod pemanduan menggunakannya.

Windows Phone 8.1 dijangka akan diperkenalkan pada bulan April kelak, dimana mungkin ia akan diperkenalkan dengan beberapa peranti baru pada acara BUILD kelak.


TIPS & ULASAN