Cari @ Amanz

HTC M8 dijangka akan diperkenalkan oleh pengeluar peranti Taiwan berkenaan tidak lama lagi. Menariknya, seperti tahun lepas, pihak HTC dilihat turut akan hadir dengan peranti versi “Mini” untuk HTC M8 akan datang.

Mengikut spesifikasi yang tertiris, ia dikatakan HTC M8 Mini ini bakal membawakan skrin bersaiz 4.5-inci dengan paparan 720p. Dari segi cip pemprosesan, ia akan dilengkapi dengan Snapdragon 400 1.4Ghz empat-teras, kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 5-megapixel dan turut hadir dengan HTC Sense 6.0 dan Android KitKat 4.4.2. Seperti HTC M8, versi mini ini juga dikatakan akan hadir dengan sokongan butang atas skrin, selain dilengkapi dengan sokongan ruangan storan mikro-SD.

Dari segi rekabentuk, kita mungkin boleh lihat ia membawakan rekaan yang menyerupai HTC M8. Ia tidak diketahui lagi sama ada versi mini ini akan diumumkan pada waktu yang sama dengan HTC M8 ataupun akan diumumkan selepas beberapa bulan pelancarannya.

Mungkinkah dengan hadirnya versi mini, kita juga boleh lihat HTC M8 Max diumumkan pada tahun ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd