Cari @ Amanz

Microsoft sebelum ini telah mengumumkan yang mana mereka akan menjenamakan semula SkyDrive kepada OneDrive. Selain hanya perubahan jenama, OneDrive baru ini kelak bakal menyertakan beberapa fungsi baru bersama-sama dengannya.

Melalui salah satu paparan antaramuka yang tertiris ke web, ia dilihat OneDrive ini bakal menyertakan salah satu fungsi baru, membolehkan pengguna berkolaborasi untuk sesuatu folder. Melaluinya, lebih daripada seorang boleh mengakses folder berkenaan, dan menambah fail, membuat penyuntingan serta pelbagai perkara lain melaluinya.

OneDrive - Co-Owner

Pengenalan fungsi baru ini juga mungkin akan memudahkan kolaborasi dan sync fail daripada rakan anda yang lain terus ke akaun anda dengan senang.

Fungsi baru ini dijangka akan diperkenalkan oleh pihak Microsoft ketika pengenalan rasmi OneDrive kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd