Paparan Skrin Aplikasi Kamera Untuk Sony “Sirius” Tertiris – Membawakan Sokongan Rakaman 4K

Paparan Skrin Aplikasi Kamera Untuk Sony “Sirius” Tertiris – Membawakan Sokongan Rakaman 4K

Diterbitkan pada Feb 10, 2014 oleh .

Beberapa paparan skrin untuk Xperia “Sirius” telah sedia tertiris sebelum ini, dan kini paparan skrin untuk aplikasi kamera hadir, memperlihatkan apakah yang bakal disertakan pada bahagian kamera telefon pintar terbaru Sony tersebut.

Sony Sirius Kamera

Sony Sirius Kamera

Sony Sirius Kamera

Daripada apa yang dikongsikan, Xperia “Sirius” ini bakal dilengkapi dengan kamera belakang 20.7-megapixel – seperti mana pada Xperia Z1. Namun, pada bahagian aplikasi, beberapa perubahan diperlihatkan.

Antaranya adalah sokongan rakaman video 4K menggunakan telefon pintar tersebut, disamping membawakan beberapa pilihan efek untuk diimplementasikan pada rakaman.

Rakaman video 1080p pada kadar 60fps turut dilihat hadir pada peranti baru ini. Rakaman skrin yang dikongsikan ini dikatakan hadir daripada peranti prototaip Xperia “Sirius”. Sony mungkin memperkenalkan telefon pintar baru mereka itu pada penghujung bulan ini.


TIPS & ULASAN