OPPO Akan Memasuki Pasaran Malaysia – OPPO N1 Bakal Dilancarkan

OPPO Akan Memasuki Pasaran Malaysia – OPPO N1 Bakal Dilancarkan

Diterbitkan pada Feb 10, 2014 oleh .

OPPO telah sedia memasuki pasaran Indonesia sebelum ini, dan kini dilihat mereka akan turut memperluaskan pasaran mereka dengan memasuki pasaran Malaysia secara rasminya.

Oppo N1

Melalui emel yang dihantar kepada kami, ia dilihat OPPO akan melancarkan telefon pintar Android mereka yang terbaru, OPPO N1 di pasaran Malaysia pada minggu hadapan – 18 Februari.

OPPO N1 telah diperkenalkan pada September 2013 yang lepas, dimana ia hadir dengan skrin bersaiz 5.9-inci, cip empat-teras 1.7GHz, memori 2GB RAM, kamera 13-megapixel. Menariknya mengenai peranti ini adalah keupayaan kamera yang dipusingkan untuk digunakan untuk rakaman.

Kami akan membawakan lebih banyak info berkaitan OPPO di Malaysia melalui acara pelancaran mereka pada minggu hadapan.


TIPS & ULASAN