MovieGeek – Aplikasi iPhone Untuk Pengemar Wayang Tempatan

MovieGeek – Aplikasi iPhone Untuk Pengemar Wayang Tempatan

Diterbitkan pada Feb 10, 2014 oleh .

Terdapat beberapa aplikasi yang memfokuskan kepada filem dan wayang, dan kini daripada salah seorang pembangun tempatan hadirnya sebuah aplikasi baru khusus untuk pengguna peranti iOS, dinamakan sebagai MovieGeek.

MovieGeek, seperti pada namanya memfokuskan kepada mereka yang mengemarkan filem dan juga sering menonton di wayang.

MovieGeek

MovieGeek

Menggunakan aplikasi berkenaan, ia akan memaparkan apakah filem-filem yang sedang ditayangkan pada sesuatu minggu tersebut, dan pengguna boleh mengikuti plot ringkas serta beberapa info berkenaan dengan sesuatu filem menggunakannya.

Pengguna juga boleh menonton video trailer, dan menambah sesuatu filem tersebut ke dalam senarai filem yang hendak ditonton.

Aplikasi ini turut menggunakan sokongan rakan-rakan Facebook untuk membolehkan anda melihat siapakah rakan anda yang turut menyenaraikan filem tersebut sebagai hendak ditonton, dan seterusnya menghantar mesej melalui Facebook Messenger untuk mengajak mereka menonton sama.

Aplikasi MovieGeek ini boleh dimuat-turun pada harga $0.99 daripada Apple AppStore hari ini. Tiada perancangan untuk aplikasi Android buat masa ini.

Muat-Turun MovieGeek untuk iOS


TIPS & ULASAN