Cari @ Amanz

Bagi pengguna Linux, Wine merupakan salah satu perisian yang tidak asing bagi mereka, dimana menggunakannya ia membolehkan pengguna menjalankan perisian Windows pada sistem operasi Linux dengan mudah. Kini, ia dilihat projek pembangun Wine untuk Android turut berkembang ke hadapan dengan demonstrasi untuknya diperlihatkan.

Wine Android

Seperti pada Linux, Wine untuk Android akan membolehkan peranti Android dengan pemprosesan ARM dan x86 menjalankan perisian Windows. Melalui demo yang diperlihatkan, Android dilihat boleh menjalankan permainan Solitaire tanpa masalah pada peranti Android.

Walaupun terdapat pelbagai perisian alternatif untuk Android hari ini, ia sesuatu yang menarik untuk melihat perkembangan positif Wine untuk memperluaskan sokongan mereka ke arena mudah-alih.

Ia tidak diketahui lagi buat masa ini berkenaan bilakah Wine untuk Android ini akan dilancarkan kepada umum.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd