Lampin Pintar Memberikan Notifikasi Apabila Ia Perlu Ditukar

Lampin Pintar Memberikan Notifikasi Apabila Ia Perlu Ditukar

Diterbitkan pada Feb 10, 2014 oleh .

Dunia teknologi dilihat telah memudahkan manusia dalam pelbagai perkara, dan kini sekumpulan pengkaji di Universiti Tokyo memperlihatkan sebuah sensor yang fleksibel dan boleh buang – membolehkan ia diintegrasikan pada lampin dan sebagainya.

Jepun - Lampin Pintar

Melalui apa yang ditunjukkan, sensor yang diintegrasikan pada lampin ini membolehkan ia menghantar notifikasi ke sebuah nombor telefon khas, memberikan idea yang mana lampin perlu diubah dan sebagainya.

Sistem prototaip awal ini kini boleh mengesan beberapa perkara termasuk kelembapan, tekanan, suhu dan beberapa fenomena yang lain. Ia masih perlu melalui beberapa fasa pembangunan lagi sebelum ia mula dikomersialkan kepada umum.

Menurut pembangunnya, sensor ini juga turut berpotensi dalam arena perubatan, dimana boleh diintegrasikan pada plaster dan sebagainya.


TIPS & ULASAN