Asus Gamebox Hadir Pada AnTuTu – Adakah Konsol Permainan Mudah-Alih Daripada Asus?

Asus Gamebox Hadir Pada AnTuTu – Adakah Konsol Permainan Mudah-Alih Daripada Asus?

Diterbitkan pada Feb 11, 2014 oleh .

Pada tahun lepas, kita telah menyaksikan beberapa konsol permainan hadir ke pasaran, seperti NVIDIA Shield, OUYA dan sebagainya. Kini, melalui data yang dilihat di laman AnTuTu, pihak Asus turut dilihat dalam persiapan untuk sebuah peranti seumpamanya.

Disenaraikan dengan nama Gamebox, peranti ini dilihat akan membawakan cip NVIDIA Tegra 4 1.9GHz, memori 2GB RAM, ruangan storan 8GB dan skrin pada resolusi 720p.

Secara kasarnya, spesifikasinya dilihat menyerupai NVIDIA Project Shield sebelum ini. NVIDIA pada tahun lepas telah memperkenalkannya tetapi tidak memasarkannya secara meluas.

Berbeza dengan Asus, sekiranya mereka mengeluarkan konsol permainan mudah-alih tersendiri, semestinya mereka akan memasarkannya dengan meluas, apatah lagi dengan syarikat tersebut yang memiliki pasaran di kebanyakkan negara seluruh dunia.

Jadi, apa kata anda? Adakah konsol permainan mudah-alih masih mempunyai permintaan diluar sana?


TIPS & ULASAN