Cari @ Amanz

Nokia dijangka akan melancarkan telefon pintar Android mereka pada bulan ini di acara Mobile World Congress 2014, dan salah satu peranti yang bakal dilancarkan oleh mereka adalah peranti berasaskan Android mereka yang turut dikenali dengan nama kod “Nokia Normandy”.

Nokia Normandy Android

Peranti Android daripada Nokia ini dilihat tidak akan mempromosikan perkhidmatan dan produk dari Google, sebaliknya akan memfokuskan kepada perkhidmatan dan produk daripada Nokia dan juga Microsoft.

Sebagai contoh, ia akan dilengkapi dengan HERE Maps untuk pemetaan, Mix Radio untuk muzik, Skype untuk panggilan video, selain turut dilengkapi dengan kedai aplikasi Nokia sendiri untuk aplikasi Android. Memandangkan perkhidmatan ini semua terdapat dikebanyakkan negara pada hari ini, maka ia mungkin memberikan kelebihan kepada Nokia berbanding perkhidmatan Google seperti Google Music yang masih tidak ditawarkan secara meluas.

Perkara seperti ini bukan sesuatu yang baru, dimana beberapa pengeluar mengimplemetasikannya, termasuk Amazon melalui tablet Kindle.

Penggunaan Android pada telefon Nokia dijangka akan membolehkan mereka hadir dengan peranti pada harga rendah, sekaligus memfokuskan negara-negara membangun.

Dengan mengimplementasikan pelbagai produk dan perkhidmatan Nokia dan Microsoft, ia sekaligus akan menambah pengguna perkhidmatan mereka, disamping akan membuatkan mereka mencari Windows Phone sekiranya inginkan sesuatu dengan spesifikasi tinggi dengan antaramuka yang lebih kurang sama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd