Astro pada bulan lepas telah mengumumkan penyertaan mereka ke arena penerbitan digital, dan pada minggu ini mereka telah menerbitkan majalah digital mereka di iTunes, membolehkan pelanggan mereka untuk memuat-turunnya secara percuma.
Sebanyak lima majalah digital disediakan oleh Astro untuk pelanggan mereka secara percuma, iaitu Car, Style, Men’s Uno, InTrend, dan juga iFeel. Untuk bukan pelanggan, mereka turut boleh mendapatkan majalah digital ini pada harga $0.99 setiap edisi.
Untuk mendapatkannya secara percuma, pengguna perlu memuat-turun kandungan tersebut daripada iTunes, dan kemudiannya log masuk menggunakan akaun Astro pada aplikasi berkenaan. Astro menggunakan NewsStand untuk menguruskan penerbitan majalah digital mereka.
Buat masa ini ia hanya ditawarkan untuk iPad dan juga iPhone sahaja. Versi Android dijangka akan hadir dalam beberapa bulan lagi.
- Muat-Turun Majalah Astro Untuk iPad & iPhone