Cari @ Amanz

Pada tahun ini, bukan sahaja Facebook menyambut ulang-tahun ke-10 mereka, sebaliknya pihak Flickr milik Yahoo! turut sama menyambut perkhidmatan mereka yang kini berusia sepuluh tahun.

Flickr pada hari ini menawarkan ruangan percuma sebanyak 1TB, selain mana turut mengoptimasikan perkhidmatan mereka kepada pengguna peranti mudah-alih dengan menyediakan aplikasi khas untuk iPhone dan Android.

Berkongsi mengenai pencapaian mereka, Flickr mengatakan kini mempunyai lebih 2 juta group, disamping pada masa yang sama lebih 1 juta gambar dikongsikan pada perkhidmatan tersebut setiap hari.

Flickr 10 Tahun

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd