Google Admin Dilancarkan Untuk iOS – Memudahkan Pengurusan Google Apps

Google Admin Dilancarkan Untuk iOS – Memudahkan Pengurusan Google Apps

Diterbitkan pada Feb 11, 2014 oleh .

Google AdminGoogle Admin sebelum ini hanya khusus untuk pengguna Android sahaja, dan hari ini pihak Google memperluaskannya dengan melancarkan aplikasi khusus untuk pengguna iPhone dan juga iPad.

Menggunakan Google Admin, ia membolehkan pengguna menguruskan produk-produk Google Enterprise seperti Google Apps, Google Chromebook dan sebagainya. Beberapa fungsi asas seperti menambah dan menguruskan pengguna, melihat log audit, dan sebagainya menggunakannya.

Bagi pengguna peranti iOS, anda boleh memuat-turun Google Admin secara percuma hari ini dan memudahkan pengurusan pengguna lain terus melalui peranti mudah-alih anda.

Muat-Turun Google Admin untuk iPhone


TIPS & ULASAN