Gambar Kabur Hadir Memperlihatkan Perubahan BlinkFeed Pada HTC M8
HTC

Gambar Kabur Hadir Memperlihatkan Perubahan BlinkFeed Pada HTC M8

Diterbitkan pada Feb 11, 2014 oleh .

Sedikit demi sedikit info berkenaan telefon pintar baru – HTC M8 kedengaran dari hari ke hari. Selain gambar paparan skrin utama yang tertiris baru-baru ini, sebuah gambar kabur baru tertiris ke arena web memperlihatkan secara kasar beberapa perkara baru yang akan disertakan pada Blinkfeed.

HTC Blinkfeed Kabur

Pada gambar yang tertiris ini, ia memperllihatkan beberapa perubahan grafik – memberikan idea Sense 6.0 akan membawakan beberapa perubahan paparan bersama-sama dengannya. Paparan butang-atas-skrin juga hadir pada gambar baru ini.

Ia dikatakan peranti yang dipaparkan masih lagi peranti lama, dan digunakan untuk menguji HTC Sense 6.0.

Kesahihan gambar yang tertiris ini tidak dapat dipastikan sepenuhnya. Apa pun, dengan desas-desus HTC akan memperkenalkannya pada bulan Mac kelak, mungkin kita akan mendengar lebih banyak mengenainya pada hari-hari akan datang.


TIPS & ULASAN