Carian
BlackBerry Bakal Hadir Dengan Telefon Pintar Menggunakan Cip Lapan Teras?
February 11, 2014 Aman

BlackBerry pada hari ini sekadar menawarkan telefon pintar dwi-teras sahaja, dan dilihat tiada masalah menggunakannya. Namun, dengan pelbagai pengeluar peranti yang bersaing dari segi spesifikasi, pihak BlackBerry dilihat tidak ingin ketinggalan.

Untuk tahun ini, Blackberry dikatakan dalam persiapan untuk peranti empat-teras mereka dikenali dengan nama kod “Ontario”. Ia dikatakan akan dilengkapi dengan cip pemprosesan empat-teras Snapdragon 800, serta menjalankan sistem operasi BlackBerry 10.3. Apakah fungsi baru yang akan disertakan masih tidak diketahui sepenuhnya buat masa ini.

Namun, pada masa yang sama, apa yang menarik perhatian adalah desas-desus mengatakan BlackBerry bakal hadir dengan telefon pintar yang menggunakan cip lapan teras pada tahun hadapan. Memandangkan masih ada tempoh lebih kurang setahun lagi untuk pengenalannya.

BlackBerry pada tahun ini juga dijangka akan hadir dengan beberapa peranti pada harga mampu-milik dan menyasarkan negara-negara membangun. Salah satu peranti baru mereka yang dikenali dengan nama kod “Jakarta” dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat.

Komen