Cari @ Amanz

Sony pada hari ini telah mula menghantar emel jemputan kepada media di sekitar Asia Tenggara untuk sebuah acara khas yang dijadualkan pada 5 Mac kelak. Seperti biasa, apakah yang akan diumumkan masih menjadi tanda tanya.

Sony 5 Mac

Namun, memandangkan ia diadakah seminggu selepas acara global Mobile World Congress, mungkin kita akan dapat melihat sesuatu yang baru daripada Sony, selain daripada Xperia Z1s dan juga Xperia Z1 Compact yang telah diumumkan pada CES 2014 lepas.

Mengikut pelbagai ura-ura, pihak Sony dijangka akan mengumumkan telefon pintar Xperia Z2 pada penghujung bulan ini yang akan menyertakan sokongan rakaman 4K, dan beberapa fungsi baru yang lain.

Jikalau mengikut kepantasan pengumuman Sony sebelum ini, mereka juga telah melakukan perkara sama pada September yang lepas, dimana peranti Xperia Z1 diumumkan untuk pasaran Asia Tenggara sehari selepas pengumuman di IFA 2013.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd