Xiaomi Mengumumkan Redmi Untuk Pasaran Global – Akan Ditawarkan Di Singapura

Xiaomi Mengumumkan Redmi Untuk Pasaran Global – Akan Ditawarkan Di Singapura

Diterbitkan pada Feb 11, 2014 oleh .

Xiaomi pada tahun ini dilihat akan memfokuskan kepada pasaran antarabangsa, terutamanya di Asia Tenggara. Dua negara yang menjadi fokus utama adalah Singapura dan juga Malaysia buat masa ini.

Xiaomi Redmi

Xiaomi hanya menyasarkan untuk memasuki Malaysia secara rasmi sekitar suku kedua 2014 kelak. Namun, untuk Singapura mereka telah sedia memasukinya, dan bakal menawarkan peranti pertama mereka, Xiaomi Redmi tidak lama lagi.

Xiaomi Redmi merupakan penjenamaan semula untuk Xiaomi Hongmi. Ia dilihat memfokuskan kepada mereka yang inginkan peranti pada harga rendah, hadir dilengkapi dengan skrin bersaiz 4.7-inci, memori 1GB RAM, cip empat-teras 1.5GHz Cortex-A7, kamera belakang 8-megapixel dan dilengkapi Android 4.2 Jelly Bean.

Harga dan tarikh jualannya di Singapura masih tidak diketahui lagi. Xiaomi dilihat akan berkongsi lebih maklumat berkaitan dengannya tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN