Samsung Memberikan Petanda Rekaan Dan Fungsi Baru Pada Galaxy S5

Samsung Memberikan Petanda Rekaan Dan Fungsi Baru Pada Galaxy S5

Diterbitkan pada Feb 11, 2014 oleh .

Samsung sebelum ini telah pun mengatakan mereka akan mengadakan acara Unpacked 5 pada 24 Februari ini, dimana ramai menyasarkan Galaxy S5 bakal diperkenalkan. Hari ini, Samsung sekali lagi menerbitkan sebuah gambar baru, memperlihatkan beberapa ikon baru dan fungsi yang mungkin akan dibawakan olehnya.

Samsung Unpacked 5

Daripada gambar yang diperlihatkan, berkemungkinan Samsung akan membawakan perubahan pada TouchWiz – seperti mana yang dikatakan sebelum ini – dan mungkin membawakan rekaan FlatUI yang menjadi perbualan ramai akhir-akhir ini.

Disamping itu, beberapa fungsi baru turut diperlihatkan, termasuk Privacy, Fitness, Style dan sebagainya.

Bagi anda yang berhajat mendapatkan telefon pintar daripada Samsung, mungkin boleh nantikan sehingga tarikh 24 Februari kelak untuk melihat apakah yang bakal diumumkan oleh Samsung pada Mobile World Congress 2014, Barcelona.


TIPS & ULASAN