Cari @ Amanz

Di Malaysia, terdapat ramai pembangun tempatan yang sering hadir dengan pelbagai permainan menarik. Kini, salah satunya, permainan yang dinamakan sebagai Agent RX dilihat sedang dalam perancangan untuk diperkenalkan kepada pengguna PC, dan kini disenaraikan pada Steam Greenlight.

Agent RX ini dilihat sebagai penjenamaan semula untuk permainan Infiltration Zero yang dibangunkan untuk platform iOS. Melaluinya, pemain perlu melalui beberapa laluan dengan menyorok pada pelbagai tempat, dan akhirnya berhadapan dengan musuh. Untuk menewaskan musuh, pemain dilihat perlu menggunakan beberapa kaedah kreatif.

Agent RX masih belum dilancarkan untuk iOS buat masa ini, dan dijangka akan hadir tidak lama lagi.

Agent RX

Agent RX

Bercakap mengenai Steam Greenlight, pembangunnya ingin mendapatkan maklumbalas dan melihat permintaan untuk platform PC. Sekiranya mendapat undian yang dikehendaki, pembangunnya boleh merealisasikan permainan tersebut dan menerbitkannya di Steam mahupun pada tempat lain.

Bagi anda yang menggunakan akaun Steam, mungkin boleh melihat kepada beberapa paparan skrin yang dikongsikan, dan memberikan pendapat anda berkenaan dengannya pada halaman rasmi Agent RX di Steam Greenlight.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd